PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Berikut merupakan panduan secara terperinci.

gred_baru_spm