Kaedah Belajar Yang Berkesan

Salam motivasi di hari yang mulia ini. Belajar untuk mencapai kejayaan.

Belajar merupakan satu tuntutan yang perlu bagi setiap orang. Kita belajar untuk mencari ilmu dunia dan akhirat serta untuk memperolehi kecemerlangan dan kebahagian yang lebih baik. Namun adakah apa yang kita belajar selama ini memberi kesan yang terbaik dengan kaedah yang betul. Ini kerana kaedah belajar yang baik dan berkesan akan membawa kita kepada matlamat kejayaan.

Berikut di senaraikan beberapa kaedah belajar yang betul untuk anda :

  • Memperhatikan apa yang orang lain lakukan. Kaedah ini akan mendatangkan faedah yang banyak kepada kepada diri walaupun sesetengah keadaan kita mungkin tidak tahu maksud daripada perbuatannya itu. Yang pasti bila orang melakukan sesuatu perbuatan yang baik maka kita harus berfikir untuk melakukan perkara yang baik juga.
  • Berbincang dan mendengar daripada orang-orang yang mengetahui tentang satu-satu perkara. Kita patut sentiasa mendengar dan berbincang dengan orang yang tahu dan dia tahu bahawa dirinya mengetahui. Inilah yang dikatakan orang yang bijaksana.
  • Menangkan dan menghisab diri. Untuk memajukan diri sendiri, perlulah kita memperuntukkan masa untuk berfikir dan menghisab diri sendiri serta mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik di masa yang akan datang.
  • Mengkaji dan merancang. Tidak cukup bagi kita sekadar memperhatikan dan mendengar, kita sepatutnya mengkaji, mengenai potensi diri dan kelemahannya serta membuat perancangan yang sistematik bagi mencapai apa yang kita matlamatkan.
  • Berlatih dan menyempurnakan kerja. Berlatih apa yang telah kita ketahui dan berterusan mencari ilmu yang belum kita ketahui. Pada mulanya kita mungkin melakukan banyak kesilapan, jangan patah semangat, teruskan dan sempurnakan kerja itu sehingga diri kita bertambah yakin.
  • Bertindak. Buatlah kerja itu apa yang telah kita matlamatkan dan lakukan bersungguh. Yakin bahawa Allah akan memberian pertunjuk ke arah kejayaan. Pasti kita akan memperolehi kejayaan itu.

Daripada senarai kaedah belajar yang berkesan ini, kita pasti bila mana anda berterusan melakukan perkara tersebut tanpa kenal erti putus asa, pintu kejayaan itu akan menanti anda di hadapan.

Namun demikian, saya tidak mengatakan ini sahaja yang boleh anda lakukan. Mungkin banyak perkara lain yang boleh menjadikan sesuatu kaedah belajar itu lebih berkesan. Segalanya bergantung kepada keperluan semasa anda dan bagaimana anda melaksanakan proses pembelajaran tersebut.

Semoga berjaya.

Wassalam.