Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Meriah

hg

Pada 26 Jun 2009, para guru SMKBG telah diraikan oleh Pelajar Tingkatan 6  (PERTENA) dan para pelajar dalam satu majlis yang sangat meriah! Majlis bermula pada awal pagi apabila para guru menyertai acara Sukaneka. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola beracun, tiup tepung, spider web dan bola sepak. Setelah itu, guru-guru diarak masuk ke dalam dewan untuk acara seterusnya. Selain nyanyian Lagu Guru Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaika oleh Tuan PEngetua, pelbagai acara juga dipersembahkan oleh para pelajar. Ramai guru mengatakan bahawa sambutan Hari Guru kali ini adalah sangat ‘hapenning;. Syabas dan tahniah kepada kakak-kakak dan abang-abang Tingkatan 6 kerana telah menjayakan hari istimewa buat guru-guru kesayangan kita!